Myspace text generator

Tuesday 8 May 2012

sungguh BESAR pengorbanan seorang IBU...


Selepas baca , menitis airmataku...
Saya rindu ibu bapa saya. :(
Orang kata aku lahir dari
perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan
aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan
aku..ibu
Bila keseorangan, yang
sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan
pertama yang aku sebut..
Bu!
Bila bangun tidur, aku
cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama
yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku
dekati ibu
Bila nak bergesel… aku
duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh
memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi
aku… ibu
Bila merajuk… yang
memujukku cuma..ibu
Bila melakukan
kesalahan… yang paling
cepat
marah..ibu
Bila takut… yang
tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku
suka peluk..ibu
Aku selalu
teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti
talipon… Ibu
Bila seronok… orang
pertama aku nak
beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka
luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu
panggil..
“ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling
risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin
g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah
aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang
paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan
cium aku sampai hari ni..
Ibu
Yang selalu masak
makanan kegemaranku. .
Ibu
Yang selalu simpan dan
kemaskan barang-barang
aku, Ibu
Yang selalu berleter kat
aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku..
Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk
dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup
sendiri
Bila seronok… aku cari
pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku
ceritakan pada
pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan
pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk
erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk
erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku
bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar
anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine…
Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku
cuma dapat ucapkan
Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat
pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan
talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak
talipon Ibu
Selalu… aku belikan
hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak
belikan hadiah untuk
Ibuku


Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau
kamu sudah habis belajar
dan
berkerja… bolehkah kamu
kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima
puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini
kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu.
Aku boleh kirimkan. Tapi
Ibu
sudah tiada.
ingatlah pengorbanan
ibuuuuu…


Friday 27 January 2012

ReMaJa zAMan sEkaRAnG RamaI yAng berTELANJANG!!



MANA PERGINYA MARUAH REMAJA SEKARANG??


Aku selalu merantau ke banyak tempat sehinggakan aku merasa hairan keadaan fesyen remaja wanita sekarang.

Perasan tak ramai dari mereka memakai tudung tapi berpakaian seksi. Kadang- kadang aku merasakan agaknya harga baju dah terlalu tinggi sekarang nie sehingga mereka sanggup memakai baju adik-adik mereka. 

Dahlah ketat pakai bra warna-warni pulak. Aku tak faham kenapa mereka mesti memakai tudung, adakah itu penghinaan keatas agama yang dianuti? 

Seluar pulak cawatnya pendek, bila duduk nampak pulak seluar dalam. Apa semuanya ini? Lebih menghairankan tiada pula pemuda yang menasihati hanya syok memerhatii.A ku pernah menyindir hinggakan mereka melihat aku terus melarikan diri. Aku rasa masyarakat harus bersikap kritis dimana bila melihat perkara tersebut harus menyindir barulah mereka sedar yang dipakai itu tidak sopan. 

Katakan pada mereka nak buat "Free Show Ke" atau bagi mereka duit 20 ringgit suruh beli baju baru kalau tak ada duit sangat. Abang-abang harus memainkan peranan jika ada adik sebegini. Jangan marah tapi belikan baju yang besar atau baju kurung suruh pakai. Jangan jadikan tudung yang di pakai itu sebagai pembalut nangka. Ianya adalah lambang keislaman. 

Jangan kita hanya tengok aje.Sebagai ahli masyarakat tugas kita untuk membetulkannya. Walaupun kecil tapi sekiranya semua masyarakat berganding bahu maka aku rasa kita akan melihat perubahan yang drastik. 

Buat macam zaman dulu, semua masyarakat memainkan peranan kearah kebaikan. Perasan tak kalau dulu jika mereka berpakaian sebegini mereka akan di renung semacam makhluk asing sehingga mereka tidak mahu memakai pakaian sebegini. Kita harus bertindak drastik kalau mahukan perubahan segera. Jangan biarkan anak perempuan melayu terus menjadi begini. Makin hari makin teruk. Pakatlah beramai- ramai megubah keseksian remaja kita. Insyallah! 

Jangan biarkan mereka terus bertelanjang setiap hari walaupan mereka berpakaian. Ibu Ayah tolong jalankan amanah yang diberikan. Jangan nampak itu hanya satu kesalahan yang kecil aje. Tutuplah maruah mereka kerana itulah juga maruah kita. Fikirkanlah. .........

bErtUduNg TApi "BERTELANJANG"

Bertudung tapi bertelanjang.

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

huKum SaNGGuL WaNita daLam BertudUng

Petikan drpd kata - kata Ust Hasrizal Abd Jamil di page facebooknya:
"Masya Allah... ramainya bertanya kepada saya soalan yang sama, benarkah wanita bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung itu termasuk dalam maksud hadith yang Allah SWT melaknat wanita yang rambutnya berbonggol seperti bonggol unta, bergoyang-goyang untuk menambahkan kecantikan dan menarik perhatian.
Jawapannya ialah YA!"
Ini adalah hadis Rasulullah S.A.W. yang dimaksudkan Ustaz Hasrizal

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:

Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212,
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)-


Aku tak pasti pulak macam mana rupanya "bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung" , ingatkan maybe boleh tunjuk contoh gambar.

Sekadar perkongsian dan peringatan. Semoga kita boleh saling ingat mengingatkan dan nasihat menasihati. ^_^

Nabi S.A.W bersabda:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Sesungguhnya Allah swt para malaikat-Nya, para penghuni langit dan bumi hingga semut-semut di sarangnya juga ikan di lautan pasti mendoakan para pengajar kebaikan untuk orang lain.
(Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili, At Tirmidzi berkata Hadis ini Hasan Sahih Gharib, no 2609 dalam Sunan At - Tirmidzi, maktabah syamilah)

Wednesday 4 January 2012

LaRanGaN meLiHaT aUraT WaNiTa...



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.

aPa NaK jaDi NgaN ManUsIa??

pa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.                                   
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C  - cinta
I  - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...